Wednesday 28 November 2012

sweet memories with friends..

the moment that we have spent together will be the sweet memories in my heart..hope our friendship will continue ever after..=)

Monday 29 October 2012

Sumber dari http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/12.htm

 
SOLAT DHUHA
 
Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.
 

HUKUM SOLAT DHUHA
 
Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:
 
1.      Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2.      Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3.      Tidak disunatkan.
 
  Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.
 
Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:
 
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ
 
صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ
 
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.
 
Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:
 
أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ
 
بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.
 
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat Witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.

Saturday 11 August 2012

GRAND IFTAR JAMAIE

Tempat: Edata Network, The Strand, Kota Damansara
Tarikh: 11 Ogos 2012

kat level 2, bahagian muslimat..hebat...

Friday 10 August 2012

OPTIBERRY

Find out more about optiberry..watch this video..http://www.youtube.com/watch?v=OwizmMO2I28

Thursday 2 August 2012

Photo: Seminar kepatuhan syariah bertempat di Kenshido Headquaters 2, kota Damansara, petaling jaya jam 10-12.30 malam tadi..

Malam tadi, saya pergi Seminar Kepatuhan Syariah di Headquaters 2 Kenshido, di The Strand, Kota Damansara..Alhamdulillah, rasa lebih yakin untuk join Score A bila ia mematuhi syarak..Ia adalah business biasa yang memerlukan usaha untuk berjaya melalui kaedah jual produk, market dan network..InsyaAllah, ada rezeki lebih dapat duit lebih..cuma peluang lebih tinggi bila join Edata Network, sebab kita di bimbing cara nak business dari orang yang lebih berpengalaman..macam satu family..=)

Wednesday 1 August 2012

score A education program

Nak cari income lebih? atau nak anak anda, adik anda, sedara anda lebih berjaya dalam pelajaran? tapi tak tau macam mane..? InsyaAllah, Score A adalah salah satu cara untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dari kaedah biasa..nak tau lebih lanjut? try buka website www.scorea.com.my atau hubungi saya Husna di 019-9313519..

Sunday 29 July 2012

::EMAK&AYAH:::

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

“Ya-Allah, bahagiakanlah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka telah membahagiakan kami suatu ketika dahulu. Amiin.”

How to make your Ramadhan more productive?

Kadang-kadang kita biarkan Ramadhan berlalu tanpa erti di dalam hidup kita..so, lets make change for this Ramadah. Berubah kepada yang lebih baik..