Sunday 29 July 2012

::EMAK&AYAH:::

» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”.

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga.

“Ya-Allah, bahagiakanlah kedua ibu bapa kami sepertimana mereka telah membahagiakan kami suatu ketika dahulu. Amiin.”

1 comment:

  1. betul..kita kadang-kadang lupa nak menjaga kepentingan ibu dan ayah kita..bila berjauhan macam ni, baru rasa rindu dan sedar kasih sayang yang mereka berikan tak sama macam orang lain..

    ReplyDelete