SOLAT DHUHA
Dhuha
menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik
sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha
adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.
HUKUM SOLAT
DHUHA
Pandangan para ulamak tentang hukum
mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:
1.
Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2.
Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3.
Tidak disunatkan.
Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka
yang tertinggal mengerjakan solat Qiyam al-Lail maka
digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.
Pendapat yang paling tepat serta
dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal
sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin.
Ini adalah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
selalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk
mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya
kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh,
dia berkata:
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ
صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى
وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi
wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan
pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari
setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan
mengerjakan solat Witir sebelum tidur
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam
Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.
Walaupun wasiat ini ditujukan kepada
seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh
umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali
sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus
untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum
apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada
Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:
أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ
أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ
بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ
شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi
wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan
pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari
setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur
sebelum mengerjakan solat Witir.
– Hadis riwayat Imam Muslim dalam
Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa,
no: 722.
No comments:
Post a Comment